“Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan..”

Jun 24, 2010

Pujuk Hatimu, Allah itu Maha Adil


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi iamengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.


Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam diri seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yangtelah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis

10 Hal yang Wanita Harus Miliki



Inilah 10 hal yang harus kamu miliki, saudariku. Tips ini bisa kamu lakukan dengan semampumu sehingga nantinya, insya Allah, kamu akan dapat mewujudkan impianmu menjadi wanita yang dewasa, kuat, dan tegar.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat
2. Berupaya mengenal dan memahami suami
3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik
4. Bersikap qana’ah (merasa cukup)
5. Baik dalam mengatur urusan rumah, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah istri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.
6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.
7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan duka cita dan kesedihannya.
8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaanya.
9. Menyimpan rahasia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya).
10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan-kesalahan.

Jun 20, 2010

rumput dan kasih sayang..^_^

seorang murid bertanya sesuatu kepada guru.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang...


pelajar: cikgu,mcm ne kita nak pilih orang yang terbaik sebagai seseorang yang kita paling sayang?mcm na pulak kasih syg tu nak berkekalan?


cikgu:ok,kamu ikut ape yg ckgu ckp ye.kamu pegi ke padang,kamu jalan di atas rumput,sambil memandang rumput di hadapan kamu.pilihla yang PALING cantik dan bawa kan ke kelas.


apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,x da sehelai rmput pun di tangannya.ckgu pun brtanya kenapa tiada rumput yang di pilih??


pelajar:tadi masa saya berjalan mncari rumput yg paling cntik,sy dapati terlalu banyak rumput yang cantik tapi belumm nmpak yang paling cantik..saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa tanpa menoleh ke belakang lagi.tapi sampai ke pnghujung padang mencari,saye x jumpa pun rumput yang paling cantik.mungkin ade di antara yang belakang tadi rumput yang paling cantik tapi di sebabkan ccikgu telah meletakkan syarat supaya saya tidak menoleh ke belakang semula,maka tiada la rumput yg paling cantik yang saya jumpai.


cikgu:ya,itu lah jawapannya..maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,jangan la kita mencari yang lebih baik dari itu,seharus nya juga kita menghargai orang yang berada di hadapan kita sebaiknya,dan jangan menoleh kebelakang lagi kerana yang dah berlaku tetap berlaku dan ssemoga yg berlalu takkan berulang lag.orang yang paling kita sayang itu lah dia orang yang paling cantik dan terbaik walaupun jika nak diikutkan banyak lagi yang lebih baik dan cantik seperti rumput tadi...