“Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan..”

May 17, 2009

AMALAN YANG TIDAK PUTUS PAHALANYA..

Kata Nabi Muhammad s.a.w. : " Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, " Ada tiga perkara:

a. AMAL-JARIAH

Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk perbaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, dan masih musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi menapat pahala di sisi Tuhan.
Tapi kebanyakan org b'paham amal jariah itu hanya untk agama sja padahal untk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya : Sebuah Jalan atau jmbtan yg umum diguna mndpat kerosakan, kemudian scra bergotong-royong msyrakat stempat beramai-ramai m'perbaiki itupun termsuk aml jariah juga.
Org awam berpendapat yg dkatakn amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal tdak demekian. Yg dmksud amal soleh adalah solat dn puasa saja, padahal tdak demikian, Yg dimksudkan dngan kata "amal soleh" adlah perbuatan yg baik, baik dlam pndngan mata umum dan jga pndngan agama. Maka tandanya org beriman, ialah yg suka melakukan amal kebajikan.

b. AMAL YANG SOLEH (ANAK YG BAIK)

Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yg soleh, tdak mudah begitu saja. Maka yg pertama wjib atas org tua mngajar anak dngan pndidikan agama. Selain menyuruh anknya sekolah umum, juga sekolah agama, selain dari itu juga orang tua harus memberi contoh yg baik kpda anaknya dengan melaksanakan perintah agama. Insyallah anak itu dapat mencontohi orang tuanya.

c. ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN

Adapun yg dimaksudkan dngan ilmu adlah bkan ilmu agama shja, dan bkan ilmu untuk blajar solat dan puasa saja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana kata Nab s.aw. : 'Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."
Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kpada orang lain sedangkan org lain yg mendpat manfaatnya dari ilmu itu, maka org perama yg mengajarnyakannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tdak habis disisi Allah s.aw.
Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada org lain, lalu orang itu mendapat manfaat drpdanya yg disunakan untuk mncari nfkah, maka org yg mengajarkannya mndapat pahala "jariyah" dari sisi Allah Subhana Wata'ala..




May 14, 2009

KITA SEBENARNYA.......

Kita sebenarnya...
Lebih gembira menyambut 1 januari daripada 1 Muharam...
Kita Sebenarnya...
Lebih membesarkan hari sabtu dan ahad daripada hari jumaat..
Kita Sebenarnya...
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada azan...
Kita Sebenarnya..
Lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang..
Kita sebenarnya..
Lebih suka menyanyi daripada berwirid, berzikir...
Kita Sebenarnya...
Lebih suka menyebut Hello, atau Hai daripada "Assalamualaikum"..
Kita Sebenarnya..
Lebih suka ke konsert daripada ceramah agama...
Kita Sebenarnya...
lebih suka membaca majalah daripada Al-Quran..

JADI KITA SEBENARNYA SIAPA...??

May 7, 2009

ASAL USUL HARI YANG TUJUH

Di bawah ini aalah ayat2 yang menerangkan tentang kejadian langit dan bumi.

“Dan kami jadikan dibumi itu, gunung ganang yang meneguhkannya, dan kami jadikan pula di bumi itu jalan-jalan yang luas, supaya mereka dapat petunjuk…” –AL-ANBIYA’-31

“ Dan sesungguhnya Kami jadikan bintang-bintang di langit, dan Kami jadikan untuk orang mempunyai pandangan(Ilmu Perbintangan)
Al-Hijr- 16

“ Dan kami pelihara dia dari tiap-tiap syaitan yang direjam..”
Al-Hijr-17

“ Dan bumi itu telah kami hamparkan (menjadi daratan) serta Kami letakkan gunung-ganang di muka bumi (untuk menguatkannya) serta Kami tumbuh di bumi itu segala macam tumbuh-tumbuhan dengan memakai ukuran” Al-Hijr-19

Demikian beberapa ayat yang menerangkan tentang kejadian langit dan bumi, gunung-ganang, bintang-bintang dan lain-lain dan masih banyak ayat-ayat Allah yang menerangkan soal kejadian alam lain yang tidak dicantumkan di sini.

Menurut dari keterangan Al-Allamah Syeikh Nuruddin Ali, sebagai berikut :

- Hari Pertama: Ahad - Allah Taala menjadikan bumi
- Hari Kedua: Isnin - Allah Taala menjadikan bumi
- Hari ketiga: Selasa – Allah Taala menjadikan pohon-pohonan dan tumbuh-tumbuhan
- Hari keempat: Rabu – Allah menjadikan langit
- Hari kelima : Khamis- Allah menjadikan matahari, bulan dan bintang
- Hari keenam: Jumaat – Allah menjadikan malaikat, Nabi Adam
- Hari ketujuh: Sabtu – Selesai



Allah jadikan bintang yang tujuh :

Bintang Qamar
Bintang Athorid
Bintang Zuhrah
Bintang Syams (matahari)
Bintang Masytari
Binang Markh
Bintang Zuhal

Allah menjadikan tujuh jenis SYURGA :

Janatul-Ma’wa
Janatun-Na’iem
Janatul-Firdhaus
Janatul-Adnin
Janatul-Khuldi
Daarul-Qoror
Daarul-Bawar

Tujuh jenis NERAKA :

Neraka Jahanam
Neraka Sa’ir
Neraka Huthomah
Neraka Hawiah
Neraka Saqor
Neraka Jahim
Neraka Wa’il

Tujuh Sungai didalam SYURGA :

Sungai Laban. Susu
Sungai Asal, madu
Sungai Khamrah, arak
Sungai air tawar
Sungai Salsabil
Sungai Zanjabil
Sungai Rohiqum-Mahtum





Rama-Rama dan Wanita

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

May 6, 2009

HADIS AKHIR ZAMAN...

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, :Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti2 bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayun bahu. Kepala mereka (sanggul) di atas kepala mereka) bagaikan bonggol(goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."
KETERANGAN
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya kalau kita hendak katakan pakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain diatas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti goh unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun senelum sampai kepadanya...
SEDARLAH MANUSIA AKHIR ZAMAN...Disini kita bolehlah mengambil iktibar dan berusaha untuk menjauhi 2perkara tersebut..amin..