“Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan..”

May 6, 2009

HADIS AKHIR ZAMAN...

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, :Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti2 bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayun bahu. Kepala mereka (sanggul) di atas kepala mereka) bagaikan bonggol(goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."
KETERANGAN
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya kalau kita hendak katakan pakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain diatas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti goh unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun senelum sampai kepadanya...
SEDARLAH MANUSIA AKHIR ZAMAN...Disini kita bolehlah mengambil iktibar dan berusaha untuk menjauhi 2perkara tersebut..amin..

No comments:

Post a Comment