“Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan..”

Jul 10, 2009

RATUKU...!! renungan...


Ratuku...
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan,
tentang kebimbanganku ini,
tatkala melihat bunga2 berguguran dipetik tangan2
yg ganas lagi b'nafsu serakah...



Ratuku,
kebimbanganku ini masih menebal,
apabila ku dengar dengungan kumbang perosak,
yang cuba menyedut madumu,
walau tanpa relamu...


Ratuku,
kebimbanganku bertambah lagi apabila,
ku melihat bunga yg x segan silu,
melempiaskan kecantikannya ketika sedang mekar,
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..


Ratuku,
aku masih terpinga2
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku,
kerana apa yg kulihat hari ini,
semakin banyak bunga2 gugur ,
bagaikan tibanya musim luruh,

Ratuku,
bukanlah kuharapkan kau gigih seperti siti hawa,
yang berlari2 antara safa dan marwa,
bukan juga sesetia ainul mardhiah,
menanti kekasih di pintu syurga,


Ratuku,
akuilah hakikat yang tersurat,
engkau bukanlah siti khadijah mahupun siti fatimah,
engkau bukan aisyah bkn juga rabiatul adawiyah,
wanita suci terpuji,
kerana aku tidak layak sedemikian rupa...
cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga2
itu kembang mekar mewangi sehingga harumannya
melewati pintu syurga..
jangan kau risau ratuku,
kadangkala musim berganti sehingga
bunga x dapat berkembang mekar,
tpi itu hanyalah ujian buatmu,..


Ratuku,
esok musim bunga pasti akn tiba,
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yg kuharapkan,
ketika itu kau jaga kelopakmu,
jangan sampai tangan2 kasar memetikmu lagi,
jgn goda kumbang2 gnas m'hisap madumu,
jgn biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu,
kerana...
kau ratu idaman kalbu,

Ratuku,
aku bukanlah memandang kecantikanmu,
walau kadangkala aku tertarik memandangmu,
tapi bukan itu yg kuharapkan,
aku yakin ratuku masih ada sinar harapan,
yg bisa membuatku tersenyum lega,
kerana akan ku temui ratu..
yang benar2 ratu....!

huhu..ehm, jd kpada wanita2 d luar sana..
jadilah ratu yg benar2 RATU..!! syUkran... ;-)


No comments:

Post a Comment