“Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan..”

Nov 29, 2010

~ Penenang Hati, Bacalah Al-Quran ~


~ Al-Fatihah ~

Lembutkanlah lidahmu dengan membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah. Diantara fadhilat indahnya : *mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
*Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.Maka hayatilah pengertiannya.
*Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya diantara solat sunat Subuh dan solat Fardhu Subuh.

~ Al-Baqarah ~

-Ikhlas kan hatimu membaca Al-Baqarah agar syaitan tidak singgah kerumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.

Sabda Rasulullah SAW 'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol.Dan bonggol Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya pada malam hari dirumahnya,syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam.Dan sesiapa yang membacanya pada siang hari,syaitan tak akan masuk kerumahnya selama tiga hari. (Riwayat Ibnu Hibban)

~ Al-Kahfi ~
Hindarilah kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan membaca surah Al-Kahfi

Imam Ahmad berkata:"Daripada Abi Darda'daripada Nabi(SAW),baginda telah bersabda 'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.Maka terhindar daripada Dajjal.(Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al Tarmizi daripada Qatadah)

~ Yassin ~
Mohonlah keampunan disulami dengan membaca surah Yassin Daripada Abdullah berkata:Rasulullah SAW telah bersabda 'Sesiapa yang membaca yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya(HR.Ibnu Katsir)

~ Ad-Dukhan ~

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda 'Sesiapa yamg membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Katsir)

~ Al-Mulk ~

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda 'Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)"

~ Al-Waqiah ~

Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinkan lah kamu membaca Surah Al-Waqiah

Usman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda 'Sesiapa membaca surah 'Al-Waqiah'tidak akan jadi miskin selama-lamanya.

~Al-Hasyar~

Inginkah kamu mati didalam syahid amalkan lah surah Al-Hasyar

Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a.berkata:Nabi SAW telah bersabda 'Sesiapa membaca keika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-a'limi-Minas Syaitanir-rajim'
kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.

~ Asma'ul Husna~
Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul Husna
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda 'Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu seratus kurang satu,sesiapa yang menghafalnya seluruhnya masuklah ia ke syurga.(HR Bukhari)

Semoga kita punya jiwa yang mahu mengubah segalanya yang terbaik.Usahlah dikejar kebaikan didunia sahaja kerana ia selalu membawa bencana bia kita tidak tahu mengemudikannya.Seimbangkanlah imu dunia mu dan imu akhirat sesungguhnya itulah yang paling baik.

Rasulullah SAW didalam hadis nya bersabda:- "Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara iaitu,mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia".

2 comments:

  1. SALAM, tengs follow. malu pulak sbb blog qib entah pape. nnt qib follow balik yer. tengs for sharing.. ^^

    ReplyDelete
  2. As-Salam..sama2, xde lah, blog kak qib lagi cntekk..sya suke singgah..=), thnks jga follow..

    ReplyDelete